Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 457

Ambil Epidural - Kesannya Selepas Itu..

$
0
0
Assalamualaikum..

Sakit bersalin memang sukar digambarkan. 
Hanya yang pernah merasa sahaja tahu bagaimana peritnya bersalin. 
Kalau sakit gigi itu sakit, maka sakit wanita bersalin lebih dari itu. 
Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin. 
Tuhan sahaja yang tahu. 
Masa Qoid sy rasa sakit bersalin..Berlagak dengan doktor masa tu..
Doktor kata awak first timer..mesti tak tahan punya..meh amik epidural atau amik gas dan sebagainya..tp sy sombong..tak mahu..so..doktor kata..ok..up to u..
tp tetap bagi sy pamplet untuk dibaca tentang epidural..
kesan dan pengambilannya..
Sambil baca sambil alami contraction yang sakit amat..
last-last tak tahan panggil doktor paksa buat epidural secepat mungkin..hehe..

Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). 
Kaedah epidural ini merupakan pembiusan separuh badan. 
Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.
Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. 
Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan. Prosedur ini hanya dilakukan oleh pakar bius. 
Dahlah kebetulan masa tu CNY..pakar bisu sorang je..kena tunggu turn..owh...merana!!

Kawasan epidural merupakan lapisan sebelum ruang spinal. 
Akar saraf yang keluar dari saraf tunjang berada di lapisan ini. 
Apabila ubat bius setempat dimasukkan ke kawasan ini melalui kateter yang halus, ia akan membasahi akar saraf ini menyebabkan pembiusan yang efektif.
Kelebihannya adalah ia boleh diberikan secara berterusan selagi kateter itu tidak dikeluarkan atau tidak beralih.
Epidural menjadi cara pembiusan yang sangat sesuai untuk digunakan dalam kes pembedahan yang mengambil masa lama dan juga untuk menahan kesakitan ketika bersalin.
Selepas pembedahan, kateter ini masih boleh ditinggalkan selama mana yang perlu sebagai kaedah mengurangkan kesakitan selepas pembedahan.

Epidural dapat :
1. Mengurangkan kesakitan semasa bersalin.
2. Teknik pembiusan untuk pembedahan seperti cesarean, pembedahan ortopedik (misalnya gantian sendi lutut/pinggul), pembedahan urologi (misalnya prostat, pundi kencing, batu karang di saluran kencing dan lain-lain), pembedahan ginekologi (sakit puan) seperti histerektomi dan pembedahan vaskular.
3. Teknik gabungan dengan pembiusan penuh sebagai penahan kesakitan semasa pembedahan dan selepas pembedahan seperti pembedahan usus.
4. Mengurangkan kesakitan akut seperti patah rusuk dan kesakitan kronik seperti kanser/paliatif.

Secara praktikalnya, untuk tujuan pembedahan, ada dua lagi teknik pembiusan separuh yang lebih kerap digunakan iaitu kaedah spinal dan gabungan epidural bersama spinal (CSE).

‘‘Biasanya kaedah spinal digunakan untuk pembedahan yang agak singkat (1 ke 2 jam) dan kelebihannya adalah dari segi kesan yang lebih cepat dan efektif.


Kesan kesakitan bersalin terhadap ibu dan anak
Kesakitan semasa bersalin jika tidak dikawal boleh juga mengakibatkan tekanan darah dan nadi pesakit meningkat.

Ini berlaku ekoran rembesan hormon- hormon seperti adrenalin secara berlebihan ke dalam darah pesakit. Apabila tekanan darah ibu meningkat, ia mengakibatkan bekalan darah ke uri dan ke badan anak dalam kandungan berkurangan.

Ibu-ibu juga akan bernafas dengan pantas disebabkan oleh kesakitan tadi seterusnya mengakibatkan dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan alkalosis kepada bayi yang boleh membahayakan ibu dan bayi di dalam kandungan,

Masalah ini, lebih membahayakan kepada ibu-ibu yang menghadapi masalah tekanan darah tinggi ketika hamil atau mengalami masalah jantung.

Bagi menangani masalah ini, kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya.

Dengan kaedah epidural ini, rangsangan kesakitan daripada rahim yang mengecut tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.

Proses pembiusan ini mengambil masa yang singkat dan kesannya dapat dirasai dalam tempoh beberapa minit sahaja (10 hingga 20 minit), bergantung kepada jenis ubat bius yang digunakan dan dos ubat tersebut.

Ubat bius ini akan dialirkan secara berterusan melalui kateter yang dimasukkan tadi dan kesannya dapat bertahan selama yang diperlukan iaitu sehingga proses kelahiran selesai.

Satu lagi kelebihan pembiusan epidural adalah, ia juga dapat digunakan untuk pembiusan setempat semasa melakukan pembedahan cesarean bagi ibu-ibu yang tidak dapat melahirkan anak secara normal di mana, ubat yang lebih tinggi dosnya diberikan melalui kateter yang sama. Jadi ibu-ibu tidak perlu diberikan suntikan bius untuk kali kedua.

Selain itu, dengan kaedah epidural, pesakit akan dapat melihat, menyentuh dan mendengar tangisan bayi sebaik sahaja zuriat itu dilahirkan dan ibu-ibu juga dapat terus menyusukan mereka sebaik sahaja dilahirkan. Ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang di antara ibu dan anak.

Kaedah ini amat digalakkan untuk ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau praeklamsia dan juga penyakit jantung. Sebelum kaedah epidural diberikan, pakar bius akan memastikan tiada halangan atau kontraindikasi untuk kaedah ini contohnya masalah pembekuan darah, infeksi di tempat bius atau dalam darah, tekanan darah rendah dan sebagainya.

Kesan pembiusan epidural kepada ibu
Biasanya kesan-kesan sampingan ini mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).

Salah tanggapan epidural dengan sakit pinggang atau belakang. Jika epidural dilakukan dengan mudah dan tiada komplikasi, kesan sampingan jangka masa panjang adalah sangat minimum.

Apa yang sering diperkatakan adalah sakit belakang yang terjadi selepas epidural sehingga dapat dirasai beberapa tahun selepasnya.

Kajian terbaru yang dijalankan oleh hospital-hospital luar negara menunjukkan risiko mendapat sakit belakang selepas epidural sama seperti risiko bagi wanita yang bersalin tanpa epidural.

Oleh itu, masalah sakit belakang ini berpunca ketika mengandung lagi, dan tidak berkait dengan kesan berpanjangan dari teknik epidural. Walaupun sakit belakang dirasai selepas epidural, ia adalah sementara saja dan akan pulih seperti biasa.

Pening?
Pening boleh berlaku sekiranya cecair spinal terkeluar semasa melakukan epidural iaitu apabila lapisan dura tercucuk oleh jarum epidural.

Ini boleh menyebabkan sakit kepala yang teruk, lebih-lebih lagi bila ada pertukaran posisi disebabkan oleh tekanan cecair dalam otak yang berkurangan.

Ia biasanya pulih dengan sendirinya dan dengan mengambil minuman berkafein, tetapi dalam kes lebih serius, cara yang dilakukan adalah dengan memasukkan sedikit darah ke kawasan ini seolah-olah untuk menampal tempat yang luka itu.

Komplikasi ini dapat dikurangkan sekiranya pesakit dapat memberikan kerjasama yang baik semasa prosedur dijalankan, juga bergantung kepada kepakaran atau pengalaman doktor yang melakukannya.

Berkaitan kes yang tersebar di FB tentang seorang wanita lumpuh selepas disuntik epidural oleh doktor pelatih, sebagai pesakit kita perlu tahu bahawa..kita berhak menidakkan kehadiran doktor pelatih dalam rawatan kita. Maknanya..Kita boleh menolak drpd diperiksa dan dirawat oleh doktor pelatih. Ini antara hak pesakit yang perlu kita fahami.

Kesimpulannya
* Sakit adalah sebahagian proses bersalin
* Reaksi kepada kesakitan adalah berbeza-beza bergantung kepada pengalaman, pelajaran dan ketahanan mental ibu-ibu
* Epidural adalah cara yang konsisten berkesan dengan kesan sampingan yang minimum kepada ibu dan bayi
* Setiap ibu berhak menggunakan kaedah epidural
* Berbincanglah dengan pakar sakit puan dan pakar bius untuk mendapatkan apa yang terbaik untuk anda dan bayi anda.

Sebelum membuat sebarang keputusan,.berbincang dahulu atau tambah ilmu..yang nak jadi Ibu kali pertama kena byk study..sbb pengalaman pertama kan..Setiap perkara ada pro n kons..xoxo

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 457