Assalamualaikum..
Dah tamat sesi persekolahan tahun 2017. Tamat pengalaman pertama Qoid di sekolah rendah. Cuti sekolah ni pun dah ada aktiviti yang menanti. Insha Allah untuk pembentukan sahsiah diri Qoid.
Kami hanya hantar Qoid ke sekolah kebangsaan. Sebelah petang, hantar mengaji Muqaddam dan AlQuran. Alhamdulillah dah nak naik AlQuran, itupun kadang culas nak pergi sebelah tengah hari tu. Kami memang decide awal, tak perlu ke sekolah agama. Sebab di sekolah kebangsaan dah ada subjek Arab dan Pendidikan Islam yang merangkumi semuanya. Contohnya Tauhid, Akhlak, Feqah dan sebagainya. Jadi bila dia ada waktu rehat siang, ada masa belajar yang lebih panjang waktu malam. Sebab kalau boleh juga kami suami isteri nak waktu malam diisi dengan anak-anak. Tak kira lah apa.
Jadual belajar Qoid pun mudah. Jika ada kerja sekolah yang perlu dibuat, habiskan dulu dan buat sedikit latihan dalam buku latihan yang kami beli. Lepas tu boleh makan dan tengok TV atau main computer games. Sejak dah sekolah ni, kami kurangkan gajet tapi bagi dia cuba computer games. Untuk kurangkan penggunaan skrin sesentuh tu. Games di komputer pun adalah permainan yang membina macam Lego. So, dia ada misi yang perlu diselesaikan. Biasanya hanya setengah jam je.
Di sekolah memang menurut cikgu, Qoid akan cuba habiskan kerja yang diberi. Jadi bila balik rumah kurang sikit kerja. Jadi malam hanya buat latihan 1-2 mukasurat dan kadang-kadang latihan mengeja. Anak lelaki cara ajar dan belajar mungkin sedikit berbeza. Mereka tidak fokus dan rajin. Jadi kami cuma gunakan masa sejam belajar tu untuk buat dia fokus.
Qoid berada di kelas kedua di sekolah. Jadi persaingan adalah banyak dengan kawan sekelas dan kelas lain. Tapi kami hanya mengambil sikap biasa. Lets go with the flow. Dah boleh membaca dari pra sekolah, jadi agak mudah untuk dia dalam kelas. Tapi terjerit juga kalau ajar dia kat rumah. hehe..
Ni pencapaian sepanjang tahun Qoid. Ada penurunan untuk sesetengah subjek dan ada peningkatan. Sepanjang persediaan peperiksaan akhir tahun, Qoid nampak tertekan bila suruh buat ulangkaji dan latihan. Jadi kami izinkan dia buat ulangkaji ringkas dan tidur awal je untuk hadapi peperiksaan.
Bila semak kertas peperiksaan, kebanyakannya adalah kerana dia taktahu nak beri jawapan yang bagaimana dan kerana kecuaian ejaan. Jadi berbaloi lah dengan hasilnya kan. Jadi pengajarannya mudah. Jangan cuai dalam menjawab soalan. Kena baca dan semak. Tapi budak darjah 1, manalah nak fikir pasal semua tu kan. Dia janji siap je kertas soalan tu. Kami pun kena belajar tengok kat mana kelemahan Qoid.
Qoid minat melukis dan seni. Jadi di sekolah, kadang-kadang dia ikut pertandingan mewarna. Kita kena tengok kekuatan anak kita di mana. Bagi dia cuba, kalau tak sesuai jangan paksa. Untuk taekwondo dah dapat tali pinggang kuning. Dan dia semangat kalau buat 2 benda ni. Di rumah, dia byk menggunakan alatan gajet dalam bahasa Inggeris jadi dia agak mudah belajar Bahasa Inggeris.
Ada pro dan kontra juga untuk semua yang kita buat. Contoh dalam penggunaan gajet untuk anak-anak ini. Yang penting pantau dan bagi mereka berdisiplin. Kena tepati masa. Jaga adab juga. Semua proses pembelajaran penting. Jangan hanya semua nak score A atau jadi best student tapi adab takde. Urusan ukhrati pun kena tengok juga. Insha Allah..
Tamat pengalaman pertama di alam persekolahan. Tahun depan tak pasti lagi cabarannya macam mana. Perancangan seterusnya pun dah atur tapi kita tengok sejauh mana Qoid boleh beri kerjasama dan sebagai ibubapa, kami tak mahu meletakkan bebanan tinggi pada dia. Banyak nak dipelajari juga jadi ibu bapa ni kan. Sukarnya nak warnakan `kain putih' ni. Tapi Insha Allah, cuba yang termampu dan kaji `warna' anak kita.xoxo
Lynda Che Lah