Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 457

Terima Kasih 2019. Selamat Datang 2020

$
0
0
Assalamualaikum..
Tak terlambat rasanya nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2020. Alhamdulillah. Sampai ke tahun ini. Dan umur yang makin meningkat. Peringatan juga tu kan seiring dengan tahun yang meningkat. Cuma nak kongsi pahit manis 2019. Kenangan untuk diri sendiri. Dan untuk anak-anak. Sambil tu, boleh buat analisis sikit kan. Semoga lebih baik tahun-tahun mendatang.

Januari 2019
Qhalif Umar pertama kali masuk sekolah. Sebelum ini tak pernah hantar Qhalif ke taska atau tadika. Dan Alhamdulillah. Tak menangis. Qhalif ini dia happy go lucky dan lebih berani dari abang. So, masuk sekolah hari pertama.. Ok je...Takde hal..
Dan pada 4 Januari 2019, Lynda meletak jawatan sebagai kakitangan kerajaan. Keputusan berat tapi mudah. Mudah sebab mulakan awal tahun 2019.
Februari 2019
Bermula rutin sebagai suri rumah. Bangun pagi siapkan anak-anak ke sekolah. Beli barang dapur, masak. Happy. Tapi ada tak happy juga. Sebab dah biasa kerja kan..hehe.. Rindu kawan ofis. Takde orang bercakap kat rumah. Birthday Qoid pada 15 Februari 2019. Dah 9 tahun. Selalu pesan kat dia. Kena rajin solat sebab tahun depan dah boleh kena rotan kalau tak solat. Dan Qoid abang yang baik walau suka menyakat.
Mac 2019
Birthday Qhalif. Ini pakar bercakap kat rumah. Tak berhenti bercakap. Dan dia seronok pergi sekolah. Masa ni masuk 2 bulan Lynda jadi suri rumah. 

Tapi kan.. Macam ada sesuatu yang hilang. Sunyi, sedih. Perasaan tu datang. Asyik tidur je. Encik Hubby balik, pening tengok Lynda dengan handfone, tak lekang handfone. Ni kira macam post depression. Hahaha. Depress sebab tak buat benda yang lain selain duduk rumah. Memang ada suri rumah macam tu kan. Tak keluar jumpa orang. So, dia depress. Itu yang boleh jadi kemurungan. Selain penat duduk rumah, suri rumah ini sunyi. Tak bersosial. Lynda dah rasa. So, memang para suami kena bagi masa kepada suri rumah ni untuk keluar outing. Jumpa kawan. Borak. Penting ye ni. 
Disebabkan inilah, Encik Hubby izinkan Lynda cari kerja balik. Hahaha..

April 2019
Cari kerja dan dapat bekerja di salah sebuah anak syarikat Kementerian Kewangan. Jaga jambatan.. Hehe.. TQ to bos. Jaga bos dan buat akaun. Kawan-kawan best. Dorang sangat friendly walaupun baru kenal. Tapi bermulalah cabaran kerja bawa kereta pergi jumpa jammed balik jumpa jammed. Sebab kerja di KL. Klang-KL perjalanan mencabar ye pergi balik. Salute lah yang hadap hari-hari.
Mei 2019
Happy Anniversary Nolyn. 10 tahun kahwin. Pelbagai cabaran yang dihadapi 10 tahun. Macam nak share. Tapi itulah, tak berkesempatan lagi. Jatuh bangun. Semua. Dan buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun kahwin. Masa ni baru kami dapat pergi kerja sama-sama. Walaupun seorang ke KL, seorang ke Putrajaya. Naik motosikal. Hantar Lynda dulu ke KL, lepas tu Encik Hubby ke Putrajaya. Balik, kami jumpa di Subang. Lynda naik MRT dan LRT. Lepas tu balik rumah sama-sama. Best. Sebab mcm bercinta. 😝
Jun 2019
Aidilfitri 2019. Tahun 2019 beraya macam biasa. Warna baju tahun ini Turqoise. Baru perasan sekarang. Sekali je pakai baju raya tu. Anak-anak pun. Tahun 2020 ni kena beli satu saiz besar sikit. Boleh pakai lama. 
Julai 2019
Genap umur Lynda 35 tahun. Dah nak masuk 40 tahun. Apa dah capai? Apa dah ubah? Kena usaha lagi. Kena istiqomah. Terima kasih kesayangan yang sentiasa ada. Dan apa juga yang berubah? Encik Hubby pun dah tak berkhidmat dengan kerajaan. Secara rasminya tinggalkan kerja kerajaan pada bulan Julai 2019. Sekarang kerja sendiri. Happy? Ye. Happy macam senyuman dalam gambar kat atas tu. Hehe..
Ogos 2019
Ogos 2019 hectic sikit. Selain selalu kena outstation ke Penang, Qhalif kena Influenza B. Pertama kali warded. Itu pun pakai insurans company. Lepas ni, nak kena ambil insurans sendiri. Untuk medical purpose dan hibah. Insha Allah. Dalam perancangan. Selain tu, family trip ke Redang.  Ala..ni tak cerita lagi. Share gambar lah dulu. Trip Redang betul-betul 2 hari selepas Qhalif keluar ward. Sebelum travel ada minta nasihat doktor. Dia kata boleh travel tapi kena minum banyak air dan pantau Qhalif. Alhamdulillah semua ok.


September 2019
Qoid grading tali pinggang merah. Dan pertama kali dia join Poomsae. Tournament. Pernah dulu Qoid training untuk sparing. Tapi dia tak larat nak training setiap hari Rabu malam. So, stop dulu sparing. Tahun 2020 boleh cuba sparing. Sebab dah ada pendedahan masa tournament ni. Dan dia berminat. Insha Allah, 2020 Qhalif pun join Taekwondo. Boleh Ibu Ayah pergi dating jap 1 1/2 jam setiap Sabtu. 😜
Oktober 2019
Setelah hampir 6 bulan berkhidmat di KL, Lynda decide back to good. Jadi suri rumah balik. Hahaha.. Penat seh ulang alik Klang-KL hari-hari. Anak ke mana. Suami ke mana. Dan secara amnya, team department semua kena transfer Penang. Sedih kot dok sorang kat KL. Sunyi. So, decide. Kali ini jadi suri rumah sepenuh masa dan bersedia! Sedia supaya tak murung balik. Haha. Dan Alhamdulillah, dengan perancangan rapi. I'm happy! TQ team. Walaupun kenal sekejap, tapi korang macam adik beradik. Kita share macam-macam cerita dalam tempoh singkat. Jatuh bangun syarikat pun kita hadapi sama-sama.
November 2019
Full time housewife balik. Jadi agent Mamasab. Masih jual Shaklee. Saja isi masa. Anak-anak pun dah duduk kat rumah. Cuma, bila kerja sendiri ni, memang sepenuh masa kena kerja lah kan. Tapi yang bestnya adalah atur masa sendiri. Takde terikat dengan sesiapa. Dan ada me time. Dan yang penting, kami dah uruskan kewangan dengan AKPK. Nanti Lynda share entri khas pasal pengurusan kewangan dengan AKPK.
Disember 2019
Birthday Cinta Hati. Encik Hubby. Takde special post tahun ini. Lynda dah kurang aktif di FB. So, maybe akan banyak share di blog ni. Tak sambut kat mana-mana tahun ini sebab Encik Hubby sibuk sampai malam New Year. Maklumlah orang lahir hujung tahun. Hehe.. Tengoklah nanti dah free sikit kita pergi holiday terus. 
Harapan 2020
Nak harap apa eh 2020? Nak sihat.. Nak tambah ilmu. Istiqomah mana yang perlu diperbaiki tu. Solat etc. Nak isi masa dengan anak-anak. Itu target kami suami isteri. Insha Allah. Macam Lynda pernah share. Setiap tahun, kita cari peluang tambah baik hidup kita. Kami dah bebas hutang rumah pada usia 33 tahun. Sekarang tinggal hutang piutang kecil macam kereta dan lain-lain. Tapi dah diatur semula juga. Jadi, semoga 2020 lebih baik dan dapat simpan duit untuk hari tua. Bersara awal kiranya nanti. 

Dan Alhamdulillah, hidup tenang. Happy. Walaupun takde gaji tetap tapi seriously, cukup sentiasa. Tak sama macam kerja bergaji dulu. Seronok rupanya kerja sendiri. Masa sendiri. Insha Allah, Lynda doakan juga dipermudahkan untuk semua tahun 2020 ini. xoxo

Lynda Che Lah






Viewing all articles
Browse latest Browse all 457