Assalamualaikum...
Lama tak sharing. Selalu tak berkesempatan nak buat blogpost walaupun PKP. Awal tahun 2020, Lynda kerja semula di sebuah klinik kulit terkenal di Malaysia. Sejak Covid-19 melanda dunia awal Februari 2020, merasalah jadi frontliner. Setiap hari masuk kerja. So, memang sibuk sentiasa. Selepas itu, PKP diumumkan. Anak-anak duduk di rumah. Tapi ibu bekerja. Lagilah tak sempat. Cuma nasib baik kerja dekat sangat dengan rumah. Nanti cerita pengalaman bekerja dengan klinik ni. Suka duka dan apa best dan tak best.
Insha Allah, tahun 2021 Qhalif Umar dah masuk darjah satu. Permohonan ke Tahun Satu pun dah berjaya dan Alhamdulillah dapat sekali sekolah dengan Qoid. Qoid pun tahun depan dah darjah lima. Sekejap je kan masa berlalu. Dan perubahan yang banyak berlaku ini sedikit sebanyak mengubah juga kan norma hidup kita.
PERMULAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2021
KPM pun dah umumkan, cuti akhir tahun 2020 pun dah berubah. Cuti akhir tahun 2020 akan bermula pada 18 Disember 2020 sehingga ke 19 Januari 2020. Manakala sesi persekolahan bagi tahun 2021 akan bermula pada 20 Januari 2020. Sepatutnya ikut takwim sekolah Qhalif, orientasi tahun satu akan dibuat pada 31 Disember 2020. Tapi dengan perubahan tarikh ini akan ubah juga tarikh orientasi nanti.
Berdasarkan takwim yang KPM edarkan. Tahun 2021 pun cuti sekolah akhir tahun akan berubah. Mungkin juga, permulaan sekolah 2022 juga akan ada sedikit perubahan kan. Cuma, boleh kita nak buat perancangan awal. Mana nak anak bersunat ke, pergi holiday ke. Persediaan juga untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan penting kan.
CUTI PERAYAAN 2021
KPM pun dah edarkan cuti perayaan 2021 untuk anak-anak sekolah. Dengan norma baharu ni, memang kena buat sedikit perancangan sebelum travel. Tapi, Lynda dan keluarga, tak berani lagi nak travel masa musim ramai orang. Sebab penjarakan sosial itu tak terjamin boleh dipatuhi. Kalau kedai makan penuh pun, terus cancel. Bukan apa, sesama menjaga.
Kalau tengok takwim cuti perayaan pun tak lama macam selalu. Sebab tak dikumpulkan sekali dengan cuti pertengahan tahun. Takpelah kan. Untuk kebaikan anak-anak dan ikut keadaan semasa pun. Harapnya, keadaan akan kembali normal lepas ni. Tapi dalam masa yang sama, kita jaga kita. Jaga diri, jaga kebersihan. Pesan banyak-banyak kat anak-anak. Insha Allah, kita semua boleh lalui norma baharu ini dan dalam masa yang sama anak-anak dapat belajar. Stay safe. xoxo
Lynda Che Lah