Assalamualaikum...
Selepas 2 tahun, Malaysia memasuki fasa endemik. Alhamdulillah. Bukan bermakna kita dah bebas daripada wabak Covid 19, cuma kita perlu hidup dan menyesuaikan diri dengan wabak ini. Lebih kurang sama kita cuba hidup dengan wabak denggi dan taun misalnya. 3 tahun yang penuh ranjau dan onak duri buat sesetengah daripada kita atau untuk semua kan. Tengok je perkongsian video tentang pembukaan sempadan Malaysia-Singapura pun dah meleleh air mata. Kesabaran mereka selama 3 tahun terpisah dengan keluarga berakhir lewat malam tadi. Syukur.
Walau apapun, kita masih dalam keadaan wabak. Masih kena jaga SOP terutama di tempat awam dan golongan berisiko macam orang tua dan kanak-kanak. Kalau kenduri kendara pun kalau boleh jaga SOP. Tambah pula ni nak Ramadhan dan sambut raya kan...Kita rindu nak terawih kat masjid, rindu nak balik kampung berbuka dan beraya kan. Tapi dalam masa yang sama, kita masih jaga kita. Kalau bergejala macam demam, batuk dan selsema, kuarantin dulu. Walaupun negative result Covid19 tu.
Just sharing some info about Endemic in Malaysia hari ni.
Buat masa ini, Malaysia masih lagi perlu mengenakan pelitup muka (facemask) di tempat awam. Kalau boleh pun kita cuba kurangkan join the crowd la. Kalau possible ok. Cuma kalau nak join crowd juga, pastikan pakai pelitup muka. Insha Allah, ikhtiar je.
Yang seronoknya, Insha Allah, terawih tahun ini dapat rapatkan saf semula di masjid dan surau. Semoga Allah permudahkan segalanya sepanjang Ramadhan dan Syawal nanti. So, take care korang. btw, Lynda sekeluarga pun baru baik demam. Masih batuk dan selsema. Tapi RTK negatif. Cuma kami still kuarantin sebab ada batuk kan. Mungkin sebab gelombang haba Isnin lepas. Cepatlah ok batuk ni sebelum Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan korang. Semoga kita semua memperolehi rahmat dan hidayah Allah. xoxo
Lynda Che Lah