Quantcast
Channel: Lynda Che Lah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 457

Hati-Hati Shopping Ketika Sale..

$
0
0
Assalamualaikum..

Tajuk faham kan..hehe..mungkin ada yang tahu, ada yang tak tahu..Shopping ketika sale adalah salah satu shopping yang merugikan. sebab apa sy ckp gini..sbb memang potongan yang diberi amat tinggi tp harga sebenar barangan itu telah dinaikkan lebih 2 kali ganda dr harga asal ketika tiada sale.

Contoh baju yang sy beli masa tiada sale berharga RM69.90 diberikan potongan 50%. So sy bayar RM34.95. Sy beli 2 hari sebelum sale besar-besaran. Sy tak tau pun ada sale..
2 hari selepas tu sy pergi ke tempat yang sama dan nampak tanda Sale besar-besaran..So macam hangin lah sikit kan sbb dah beli..kalau sabar sikit boleh beli time sale..so..pegi tgk baju yang sama dan perhatikan harga yang sy maksudkan..
Harga dinaikkan kepada RM79.90 dan diberi potongan 50%. So kali ni baju yang sama perlu dibayar pada harga RM39.95. Xtra RM5..hehe..nak marah tak jadi sbb mmg sy beli semalam sewaktu tiada sale masih murah.
Trick ini sebenarnya sy dah maklum lama dulu. Sy pernah kerja sebagai juruwang shopping mall sementara tunggu konvo.. mmg sehari sebelum sale besar-besaran sibuklah dorg menukar tag kat baju atau apa saja barang..so..kadang-kadang sy pelik kenapa org berpusu-pusu shopping ketika sale..

Contoh lain, hubby selalu beli seluar kerja di tempat yang sama, brand yang sama dan tak kira masa. Masa tiada sale harga seluar RM69.00. Pernah lah nak beli time sale..Sekali tgk harga seluar yang sama adalah RM117.30 dan diberi potongan 70%..so harga seluar jadi RM82.70..hehe..lagi mahal..so dr situ juga kami mengamalkan konsep shopping semasa tiada sale kerana itulah harga sebenar barangan tersebut..

Jom jadi pengguna bijak..tp kalau anda rasa jimat shopping time sale, silakan..mungkin mmg untung..tp cuba juga buat semakan dan pantauan macam kami buat semasa tiada sale..Sapa tau kita boleh lebih berjimat..xoxo

*~Entry tidak bermaksud menjatuhkan mana-mana pihak. cuma perkongsian~*

Lynda Che Lah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 457