Assalamualaikum..
Disebabkan encik Hubby decide taman sekangkang kera tu ditanamkan rumput maka pergilah kami ke Sungai Buloh Sabtu beberapa minggu lepas..Senang je rupanya nak cari nurseri jual rumput kat Sungai Buloh tu..Dorang buka nurseri sepanjang jalan kat Hospital Sungai Buloh..Bersepah..Tak tahu nak pilih..Pergi situ pun jadi gila tgk banyak sgt pokok cantik-cantik.. Dari plan beli rumput je terus beli pokok bunga raya, pokok limau ngan tanaman renek lain..
|
Tengoklah senyum lebar sampai telinga..Mana tak dok lah dia berzikir kalah si Qoid minta mainan ajak pegi beli rumput..beli rumput..hari-hari scroll tgk rumput apa senang tanam kat Google..Kalah saya yang rajin baca blog ni..dia siap baca blog tanam rumput..jaga rumput..ahaha..ampun Hubby! |
|
So..kami beli rumput Filipine RM2 sekaki tu.. Untuk rumah kami kena beli dalam 30pack. Hari tu ada 14 pack je..Jadilah..Baru minggu sudah kami pergi lagi dan beli lagi 20pack..baru lah nampak rupa laman..sebelum ni nampak macam tanah sawah pun ada..ahaha..lopak sana sini rumput tak cukup..hehe |
|
Cantikkan..pokok renek 3 RM10. ada yang 1 RM10.. Tgk jenis..semangat nak berkebun..Tanam pokok renek keliling pagar..Lupa beli pokok cili..tgh berkira-kira nak tanam pokok mangga ke tidak..malas nanti merimbun..padahal mau makan tahun pun kan..Pokok bunga raya tu nak buat penawar anak demam..so eloklah tanam kan.. |
Nanti ada masa share gambar taman tak seberapa tu..hasil usaha kami suami isteri..termasuk Qoid tukang gembur tanah..ngan Qhalif tolong duduk atas pokok sampai penyek sambil main tanah..Janji aktiviti weekends ngan anak-anak..Biarlah main tanah ke..cacing ke..janji bersama dan dapat luang masa..xoxo
Lynda Che Lah